topbella

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum semua…..



Rasa macam malas nak menaip..tapi untuk meluangkan masa yang tertinggal ni,nak la jugak meluahkan rasa di hati….
Sejak 2 menjak ni,rasa hati tak tenteram…tak tenang ja…macam-macam dugaan yang datang seminggu 2 ni…Pertama sekali,dengan halangan untuk bertemu dengan orang yang tersayang…ni adalah orang ketiga…kenapa la ada orang yang tak suka melihat kebahagiaan orang lebih dari kebahagian mereka sendiri….
Lepas tu,daripada peristiwa itu,aku menjadi berubah,aku dah berani cakap kasar dengan orang aku sayang..oh nooo.,sebelum ni aku tak pernah pun perlakukan sebegitu pada mereka..oh..sungguh terkejut besar mereka….
Bahkan kawan aku sendiri pun tak sangka yang aku boleh menghamburkan perkataan-perkatan yang kasar tu pada mereka…Ya Allah apa la yang telah merasuki hatiku ini…tolong la Ya Allah…adakah ini balasan atas segala perbuatan jahatku…yang selama ini berselindung di sebalik wajah ini….
Setiap manusia mesti dalam hidupnya pernah melakukan kesilapan yang akan memberi kesan kepada hidupnya…kesilapan yang benar-benar akan mengubah dirinya…tapi ada 2 jenis manusia yang sebegini,,1-yang akan berterusan melakukan kesilapan yang dilakukannya & 2-manusia ini akan menginsafi diri dengan tidak melakukan kesilapan itu lagi…
Tapi keduanya terdapat dugaan yang akan dihadapinya,1-sekiranya aku terus melakukan kesilapan ini,aku akan terus dibayangi  dengan dosa-dosa aku dan hidup aku tidak akan diberkati olehNya & 2-sekiranya aku menginsafi kesilapan ini dan akan berjanji tidak akan mengulanginya,mungkin masyarakat tidak akan menerima kebaikan ku…dan ianya akan mengambil amsa yang agak lama untuk mengubah hidup daripada kotor kepada bersih dengan dosa-dosa…..
Tapi insyaallah dengan taubat nasuha,Allah akan menerima taubat ini..dan akan memberi pengampunan kepadaku….
Kadang-kadang,dalam aku meniti hari ini sepertinya yang maha Esa sedang menarik pemberianNya yang tidak ternilai (nyawaku) dengan perlahan-lahan..oh tidak..subnaAllah Tuhan Maha Besar…aku berlindung di bawahMu…
Tapi aku masih bersyukur,dengan berada di bawahNya aku rasa diriku selamat daripada ancaman manusia,dan aku rasa aku ada pelindung ketika aku keseorangan….dan ketika aku memerlukan seseorang untuk aku berbicara,aku rasa Dia ada untuk mendengar..dan yang paling aku rasa nikmatNya berada di bawahNya,ketika aku betul-betul berada di dalam kesusahan dan dalam terdesak memerllukan sesuatu,Dia datang membantu,…Ya Rabbi sungguh aku rasa kekuasaanMu…
Walaupun begitu perasaanku,aku tetap tidak akan lari daripada melakukan dosa,walaupun sebesar zarah,aku tetap akan melakukannya pada setiap hari…Ya Allah,Kau ampunkan dosakku daripada sebesar-besar dosa sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya….AMIN….

1 comments:

Anonymous said...

kdg2 manusie x sedar wat silap..jgn kite tunding jari pd org lain sblom kite blom siasat sikap kite pd org lain..kite wat silap pun kite x sedar bkan?? minx la petunjuk pd Allah bkan mengutuk org lain...jgn mengharapkn kemaafan org jike kite x minta maaf pd org lain...sikap meminta maaf lebih mulia dr memaafkn...