topbella

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum semua…..



Rasa macam malas nak menaip..tapi untuk meluangkan masa yang tertinggal ni,nak la jugak meluahkan rasa di hati….
Sejak 2 menjak ni,rasa hati tak tenteram…tak tenang ja…macam-macam dugaan yang datang seminggu 2 ni…Pertama sekali,dengan halangan untuk bertemu dengan orang yang tersayang…ni adalah orang ketiga…kenapa la ada orang yang tak suka melihat kebahagiaan orang lebih dari kebahagian mereka sendiri….
Lepas tu,daripada peristiwa itu,aku menjadi berubah,aku dah berani cakap kasar dengan orang aku sayang..oh nooo.,sebelum ni aku tak pernah pun perlakukan sebegitu pada mereka..oh..sungguh terkejut besar mereka….
Bahkan kawan aku sendiri pun tak sangka yang aku boleh menghamburkan perkataan-perkatan yang kasar tu pada mereka…Ya Allah apa la yang telah merasuki hatiku ini…tolong la Ya Allah…adakah ini balasan atas segala perbuatan jahatku…yang selama ini berselindung di sebalik wajah ini….
Setiap manusia mesti dalam hidupnya pernah melakukan kesilapan yang akan memberi kesan kepada hidupnya…kesilapan yang benar-benar akan mengubah dirinya…tapi ada 2 jenis manusia yang sebegini,,1-yang akan berterusan melakukan kesilapan yang dilakukannya & 2-manusia ini akan menginsafi diri dengan tidak melakukan kesilapan itu lagi…
Tapi keduanya terdapat dugaan yang akan dihadapinya,1-sekiranya aku terus melakukan kesilapan ini,aku akan terus dibayangi  dengan dosa-dosa aku dan hidup aku tidak akan diberkati olehNya & 2-sekiranya aku menginsafi kesilapan ini dan akan berjanji tidak akan mengulanginya,mungkin masyarakat tidak akan menerima kebaikan ku…dan ianya akan mengambil amsa yang agak lama untuk mengubah hidup daripada kotor kepada bersih dengan dosa-dosa…..
Tapi insyaallah dengan taubat nasuha,Allah akan menerima taubat ini..dan akan memberi pengampunan kepadaku….
Kadang-kadang,dalam aku meniti hari ini sepertinya yang maha Esa sedang menarik pemberianNya yang tidak ternilai (nyawaku) dengan perlahan-lahan..oh tidak..subnaAllah Tuhan Maha Besar…aku berlindung di bawahMu…
Tapi aku masih bersyukur,dengan berada di bawahNya aku rasa diriku selamat daripada ancaman manusia,dan aku rasa aku ada pelindung ketika aku keseorangan….dan ketika aku memerlukan seseorang untuk aku berbicara,aku rasa Dia ada untuk mendengar..dan yang paling aku rasa nikmatNya berada di bawahNya,ketika aku betul-betul berada di dalam kesusahan dan dalam terdesak memerllukan sesuatu,Dia datang membantu,…Ya Rabbi sungguh aku rasa kekuasaanMu…
Walaupun begitu perasaanku,aku tetap tidak akan lari daripada melakukan dosa,walaupun sebesar zarah,aku tetap akan melakukannya pada setiap hari…Ya Allah,Kau ampunkan dosakku daripada sebesar-besar dosa sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya….AMIN….

Lupakan Kelemahannya, Fokuskan Kekuatannya

Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri. Ini kerana, "lemah" adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya.
Begitulah juga dengan anak kita.
Ada anak yang ditakdirkan lambat berjalan.
Ada juga anak yang mahu bercakap banyak, tetapi "pelat".
Ada juga anak yang sukar untuk makan, sehingga badannya kurus keding.
Ada juga anak yang dah diajar ABC atau alif-ba-ta beribu kali, tapi masih belum dapat mengingati. 
Kelemahan itu adalah perkara yang biasa bagi seorang manusia. Jangankan anak, kita juga ada kelemahan diri. Tetapi Allah swt tidak pernah memandang kelemahan-kelemahan fizikal ini untuk memilih siapakah hamba-Nya yang wajar dicintai.
Nabi Musa a.s adalah seorang yang gagap. Tetapi, Baginda adalah salah seorang kekasih Allah. Allah swt sangat menyayangi Nabi Musa a.s sehinggakan Allah swt telah menyelamatkan seorang tentera Firaun bernama Jalut daripada lemas di lautan, kerana Jalut ini adalah badut Firaun yang suka meniru gaya Nabi Musa a.s bercakap gagap. Allah swt suka pada Jalut, kerana dia meniru perbuatan kekasihnya.
Bilal bin Rabah r.a adalah seorang hamba yang berkulit hitam. Bukan setakat hitam biasa, malah hitam berkilat. Tetapi, Allah swt sayang padanya. Allah swt telah muliakannya, sehinggakan suara azannya dapat didengari bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, oleh penduduk langit juga. Padahal, (ada riwayat yang mengatakan), suara Bilal bukanlah sedap, ramai lagi sahabat yang bersuara lebih lunak daripada Bilal.
Kisah-kisah ini membuktikan bahawa, kelemahan-kelemahan fizikal sama sekali tidak dapat mengurangkan kasih sayang Allah swt pada seseorang. Betapa Rahimnya Allah swt, apabila Dia menyayangi seseorang, Dia akan menyayangi kesemua yang ada pada orang itu, walaupun sesuatu yang dianggap sebagai kelemahan. Sekiranya Allah swt yang Maha Sempurna boleh menyayangi seseorang ke tahap itu, apatah lagi kita, hamba-Nya yang sangat lemah lagi hina.
Adakalanya, bila kita melihat kepetahan dan kepandaian anak orang lain, kita berasa rendah diri dan malu dengan kelemahan anak kita. Sebenarnya, kita tidak perlu berasa begitu. Anak kita hanya mempunyai satu atau dua kelemahan sahaja, banyak lagi kekuatan yang ada dalam dirinya. Mengapa kita harus memandang pada kelemahannya sahaja, lihatlah pada kekuatannya.
Mungkin anak kita tidak sepetah anak orang lain, tetapi dia ada kelebihan di tempat lain. Dia suka tersenyum, dia pandai membantu ibubapa, dia suka mengemas biliknya, dia tidak pernah mengherdik orang, dia tidak memanggil orang dengan nama-nama yang tidak disukai, dan bermacam-macam lagi.
Sebagai ibu bapa, seharusnya kita fokus dan usahakan atas kekuatan yang Allah swt telah berikan kepada anak kita. Lupakan kelemahannya. Jangan sesekali mentertawakan kelemahannya, menyebut-nyebut kelemahannya di hadapan orang lain, memarahinya kerana kelemahan tersebut. Kerana ia akan menjadikan anak kita hilang keyakinan diri, padahal dia ada banyak kelebihan yang lain. Jadi, mari kita lupakan, lupakan dan lupakan kelemahannya.
Apabila ibu bapa fokus untuk menghargai dan membina kelebihan yang ada pada anaknya (peluk cium anak selalu, beri penghargaan buatnya, motivasikan dirinya, beri tunjuk ajar dengan sabar, selalu mendoakannya),maka anak itu akan menjadi lebih berkeyakinan dan lebih cemerlang, sehinggakan kelemahan yang ada padanya terus lenyap . Kerana apa? kerana kita hanya memandang pada kekuatan dirinya SAHAJA.
Tiada kelemahan yang harus kita risaukan, melainkan seandainya anak kita tidak mempunyai iman dan amal (nauzubillahiminzaalik). Seandainya dia telah mempunyai iman dan yakin yang kuat pada Allah swt dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, maka dia sudah pun berjaya di dunia dan di akhirat.

Wednesday, November 10, 2010

Hasrat Hati Yang Bernanah



Ya Allah apa la nak jadi dengan SITI NOORHABIBAH BINTI NOORAZAM ni ya tuhanku…tolong la Ya Allah…hanya padaMu aku mengadu dan hanya padaMu juga la aku meminta semoga perasaan ini hilang dari hati ku ni….

Kenapa Ya Allah ada sedikit perasaan dendam dalam hatiku ini pada insane tersebut,,…dari dulu sehingga ke hari ini…dan kini persaan itu semakin membara dan teru bernanah menjadi nanah dan sekarang menjadi perasaan B.E.N.CI,,,…
Sedangkan dia pun xde la memiliki sifat sebegini,walaupun dari dulu aku tahu dia xsuka insan ini..Sungguh Ya Allah aku rasa lebih baik insan ini xda dalam hidup aku..kenapa la aku mesti berjumpa dengan dia…Kenapa Ya Allah???
Kat sini aku betul-betul nak menyatakan yang aku teramat la membenci insan ini…aku xkisah la law ada orang kata,”kalau kita membenci seseorang nanti ada 10 orang lagi yang akan membenci kita…”..aku xmintak pun perasaan ini ada dalam hati aku…
Dulu masa perasaan ini muncul dalam hati aku,aku cuba padamkan sikit demi sedikit..tapi tengokla sekarang  aku dah bagi meletup perasaan ini….haaaaaa aku harap-harap sangat yang insane ni sedar yang aku post hanya untuk insan ini…xda tuju kat sapa2 yang len…dan berharap sangat yang insan  ni  berubah la sedikit daripada terus menjadi insan yang mempunyai PHD yang terpendam  dengan orang lain…
Wahai ‘..insan..’;walaupun engkau berlagak baik,beracting yang engkau tu betul sokmo…plez la wei aku xmuak dah tengok lakonan engkau wahai insan..dan orang-orang yang mengenali engkau pun sama jugak,,bosan la wei nengok perangai yang xabis-abis nak jatuhkan orang lain depan orang awam@orang yang berkedudukan tinggi…engkau ingat ko bagus sangat la…!!!!
Wei, tolong la,,..engkau kene ingat yang kat atas dunia ni pinjaman ja…termasuk la yang ada kat badan ko tu…ko ingat ko akan kekal sampai ko ke liang lahad ke macam tu…plez la wei,,…dan  1 lagi cermin diri dulu sebelum ko nak berlakon jadi baik ae…aku menyampah tengok orang yang diri  dia masih terhuyung-hayang lagi,tiba-tiba nak menegur orang lain…waaaa mulianya hati ko…
Betu+tepat+padat=aku benci engkau insan…..(sampai akhir hayat aku)(selagi engkau xsedar yang selama ni ko tu menyakitkan hati orang dan selagi ko xmintak maaf ngan aku)!!!!!

Bata

Salam semua..selamat hari Khamis semua rakyat Malaysia dan kepada semua yang menetap di bumi Allah ni...dah lama dah tak menggerakkan jari-jemari ni nak menconteng kat diari bunga ni...hari-hari dok bukak je blog ni,,menerjah blog orang lain..tu je la..tapi n3 sendiri xreti-reti nak update ker?...hehehehehe..

Sebenarnya dah lama dah sampaikan niat yang terpendam...tiap-tiap hari law nak p ofis mesti lalu kat Jusco..so bila balik kalau rajin,pergi la menerjah apa yang ada dalam Jusco tu...ermmm same-same je macam 1time datang...hahahhaa...

Lepas tu p la kedai yang tertera..sebenarnya p pun juz nak belek-belek je kasut-kasut yang ada...kaki pun mengorak langkah sikit demi sedikit...
Lepas tu..kakiku terhenti di hadapanmu...wahhh terpesona melihat badanmu,warna kulitmu susun atur perhiasanmu....







Ni la harganya...dan kini dia menjadi hak milik bata lagi....
**SEKIAN**

Monday, November 1, 2010

Semalam

Salam semua..selamat menghitung hari untuk perayaan Deepavali kepada semua yang menetap di bumi Allah ni dan of course la pada rakyat yang memegang status kewarganegaraan I.N.D.I.A @mix@ apa jua status anda,anda berhak untuk mnyambut perayaan ini....selagi anda menetap di Malaysia...kerana 1 Malaysia....semalam aku telah mengikut suatu events terbesar yang pernah big family aku jalani...first time la katakan,dalam sejarah my family ade yang ada pergi menunaikan rukun islam yang kelima....iaitu menunaikan H.A.J.I.....

Alhamdulillah dengan berkat kesabaran tok dan wan aku,berkat doa-doa dari semua kaum kerabat xpecially anak-anak tok dan wan aku,yang sentiasa memohon agar dimakbulkan permintaan ini...Akhirnya pada 31/11/2010 maka berlangsung la keberangkatan wan dan tok aku ke kelana jaya....
(so gmbar-gambar ini la yang berkesempatan disnap dan yang akan menceritakan selok belok perjalanan semalam..)




Pada pukul 6.30 pagi,upacara doa selamat oleh Ustaz Amin..

Selama 4jam perjalanan dari rumah ke kelana jaya-tempat para jemaah berkumpul sebelum berangkat ke KLIA dan seterusnya ke tanah suci...


Selepas pendaftaran wan dan tok aku ini la pas masuk untuk berehat seketika di bilik..
Ini hanya akan dimiliki oleh para jemaah yang berada di kawasan yang jauh daripada KUALA LUMPUR..

Selepas selesai pendaftaran,masa untuk makan sementara menunggu masa check-in jemaah haji..

So...cute...

Sunggu syahdu....


Pembantu jemaah haji Noraini Haron_untuk wan n tok aku ja...




Hal-hal jemaah haji sedang dijalankan...dan warga -warga yang berkenaan sibuk berposing...












Akhirnya pasangan ini selamat berangkat ke tanah suci..Diharapkan sayang-sayang sekali mendoakan agar kepulangan dua merpati sejoli ini  akan selamat dan mendapat haji yang diterima oleh Allah...

**SEKIAN**