topbella

Wednesday, August 18, 2010

~Batas~

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.

Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)

Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?

Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.

Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.

Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.

Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku  apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"


Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.

Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak"ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"

Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. (Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang)

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.
Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.

Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.

Amiiin.

Tuesday, August 10, 2010

~Keinginanmu Tidak Semestinya Dapat~





Kita hajat. Kita usaha. Tapi kadang-kadang ada benda kita tak dapat capai. Ada sebabnya. Dan Allah mengetahui segala ~ Picture by jevigar of deviant art

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.
Hakikatnya itulah lumrah.
Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?
Kita tidak tahu
Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.
Tetapi Allah mengetahui.
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.
Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.
Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.
Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.
“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”
Belum bersedia
Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.
Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.
Dosa
Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.
Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.
Berusaha untuk positif dengan Allah
Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.
Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.
Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.
Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.
Allah itu Maha Penyayang.
Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Penutup: Memang dalam hidup, bukan semua benda kita nak, kita dapat
Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.
Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya keterikatan dengan Allah SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.
Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.
Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah.

Monday, August 9, 2010

~Menghadap Ramadhan~


Baik. Dia sudah di hadapan. Hampir. Walaupun belum lagi kita melangkah ke dalamnya, namun ia sudah semakin semakin hampir. Sangat-sangat hampir. Dekat.
Memandang. Gerbangnya besar. Gedungnya pasti luas. Ramadhan. Namanya disebut-sebut sepanjang zaman. Saban tahun pasti berjumpa. Tinggal umur sahaja tidak pasti sampai bila.
Diizinkan kah diri ini memasukinya?
Tiada siapa mengetahui. Sedang Ustaz Asri Rabbani juga meninggal tika Ramadhan sudah sangat hampir untuknya. Tiada siapa mengetahui. Tetapi Allah tahu segala-galanya.
Bagaimanakah kita tika menghadap satu perkhemahan bernama Ramadhan?
Bersedia atau tidak?
Di dalam perkhemahan Ramadhan, banyak latihan yang wujud untuk memberikan peningkatan terhadap seorang mukmin.
Cuma persoalannya, bersediakah kita?
Saban tahu kita melihat betapa Ramadhan dilalui sebagai spritual adat. Setahun sekali ada Ramadhan, tak lalu Ramadhan maka tak raya. Justeru Ramadhan perlu dilalui. Maka kita lalui dengan pengharapan cepatlah habis Ramadhan, kerana aku mahu Raya.
Bahkan, menyokong pendapat saya ini, terbaru saya berjalan di satu shopping kompleks, kelihatan banner: “Selamat Hari Raya Aidilfitri.” Sedang Ramadhan belum lagi dilalui.
Apakah persediaan kita?
Apakah azam kita?
Ramadhan, dan kecintaan terhadapnya
Tiadalah kita mencintai Ramadhan kerana ganjaran di dalamnya. Bukan juga kita mencintai Ramadhan kerana kita melihat ia satu-satunya tempat untuk beribadah tenang memandangkan kejahatan disekat dengan lebih ketat ketika itu.
Tetapi kita mencintai Ramadhan kerana kita mahu menjadi hambaNya.
Kita melihat betapa Ramadhan itu adalah alat. Alat untuk kita meningkatkan diri kita menjadi hambaNya yang Dia redha. Kita bukan hamba Ramadhan. Kita hanyalah hambaNya yang melalui Ramadhan dengan terbaik, moga kita meningkat menjadi hambaNya yang terbaik.
Abu Hurairah telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” Hadith riwayat Bukhari.
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” Riwayat Ibn Hibban.
“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)
“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.
Peluang-peluang inilah yang kita hendak kaut, hendak capai untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Bukanlah kita menggapai segala ganjaran Ramadhan untuk melakukan dosa pada bulan-bulan lain. Kita hendak menggunakan ganjaran di dalam Ramadhan supaya kita kekal mampu meningkatkan diri dalam bulan lain.
Kita hendak menjadi hamba Allah SWT. Sebab itu kita bersungguh-sungguh dengan Ramadhan yang telah Allah hadiahkan kepada kita!

Apa yang kita mahu daripada Ramadhan?
Pernahkah kita persoalkan?
Atau Ramadhan kali ini, sama sahaja seperti Ramadhan yang lepas-lepas. Habis bulan kembali berdosa. Tamat waktu kembali lupa. Sedangkan Ramadhan hadiahnya taqwa. Orang-orang bertaqwa sentiasa meningkat dan terhebat.
Ramadhan, dan kecintaan terhadapnya
Tiadalah kita mencintai Ramadhan kerana ganjaran di dalamnya. Bukan juga kita mencintai Ramadhan kerana kita melihat ia satu-satunya tempat untuk beribadah tenang memandangkan kejahatan disekat dengan lebih ketat ketika itu.
Tetapi kita mencintai Ramadhan kerana kita mahu menjadi hambaNya.
Kita melihat betapa Ramadhan itu adalah alat. Alat untuk kita meningkatkan diri kita menjadi hambaNya yang Dia redha. Kita bukan hamba Ramadhan. Kita hanyalah hambaNya yang melalui Ramadhan dengan terbaik, moga kita meningkat menjadi hambaNya yang terbaik.
Abu Hurairah telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” Hadith riwayat Bukhari.
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” Riwayat Ibn Hibban.
“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)
“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.
Peluang-peluang inilah yang kita hendak kaut, hendak capai untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Bukanlah kita menggapai segala ganjaran Ramadhan untuk melakukan dosa pada bulan-bulan lain. Kita hendak menggunakan ganjaran di dalam Ramadhan supaya kita kekal mampu meningkatkan diri dalam bulan lain.
Kita hendak menjadi hamba Allah SWT. Sebab itu kita bersungguh-sungguh dengan Ramadhan yang telah Allah hadiahkan kepada kita!
Penutup: Dia semakin menghampiri. Apakah kita ini diberikan jemputan?
Ramadhan sudah berada di hadapan. Sedang garis kematian diri bukan berada dalam pengetahuan. Siapakah yang meminta agar Ramadhan ini menjadi miliknya?
Siapakah yang meminta agar Allah memberikannya ruang dan peluang untuk mengucup Ramadhan buat kesekian kalinya?
Atau kita sudah nampak raya?
Ramadhan adalah madrasah.
Ramadhan adalah kem.
Ramadhan adalah lapangan tarbiyah.
Agar yang masuk ke dalamnya, keluar dengan peningkatan.
Namun siapakah yang memahaminya?
Lantas mempersiapkan diri untuk mengaut keuntungan?